FMSA IBADAH QURBAN & WISATA VIETNAM PROJECT 1432H / 2011

@ PONOROGO, ACEH & VIETNAM

Thursday, November 15, 2007

Ibadah Qurban FMSA 1428H


Assalamualaikum wr. wb.
Tuan/Puan,
1
Segala pujian kepada Allah s.w.t., Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w., kerabatnya serta para sahabat r.a. Doa kami agar Tuan/Puan sentiasa berada di dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmati Allah s.w.t., Amiin.
2
Alhamdulillah, kita bersua lagi dalam Ibadah Qurban FMSA 1428H. Seperti tahun-tahun yang lalu, FMSA menganjurkan Projek Ibadah Qurban serta Aqiqah di sebuah institusi pendidikan Islam di Jawa Timur iaitu Pondok Moden Darussalam Gontor pada 10 Dzulhijjah 1428H - 20 Dec 2007, insyaAllah.
3
Harga bagi seekor kambing ialah $150.00 dan $1015.00 untuk seekor lembu. Sementara satu bahagian lembu (dari 7 bahagian) berharga $145.00. Namun, bagi sahibul yang telah melaksanakan ibadah Qurban dgn FMSA pada tahun-tahun yang lepas, kami menawarkan potongan $10 khusus untuk Tuan/Puan iaitu $140 bagi seekor kambing. Ini merupakan suatu tanda pengharagaan kami diatas sokongan Tuan/Puan selama ini. Harga yang ditawarkan adalah di antara yang terendah di pasaran. FMSA juga tidak mengenakan sebarang bayaran GST pada harga kambing atau lembu.
4
Untuk membuat tempahan, sila isikan borang yang dilampirkan bersama emel ini dan hantarkan secara peribadi ke pejabat FMSA atau poskan ke alamat :
5
Fellowship of Muslim Students Association
150 Changi Road, Guthrie Building #02-01
Singapore 419973
6
Pembayaran boleh dibuat secara tunai ataupun cek. Cek boleh ditujukan kepada "Fellowship of Muslim Students Association".
7
Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi Saudari Siryana di talian 63442259 atau 64407167.