FMSA IBADAH QURBAN & WISATA VIETNAM PROJECT 1432H / 2011

@ PONOROGO, ACEH & VIETNAM

Wednesday, September 23, 2009

Ibadah Qurban & Wisata Aceh FMSA 1430H/2009

3 Syawal 1430 H


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Tuan/Puan yang dihormati dan dikasihi,

IBADAH KORBAN & WISATA BERSAMA FMSA UNTUK UMAT ISLAM DI ACEH BAGI TAHUN 1430H


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas ikutan kita, junjungan Nabi Muhammad serta keluarganya. Semoga tuan/puan senantiasa dirahmati Allah di bulan Syawal yang penuh berkat ini.


2. Terutama sekali, FMSA ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua yang telah bersama FMSA menjayakan projek ibadah korban bagi tahun hijrah yang lalu. InsyaAllah, kami yakin setiap ekor binatang yang dikorbankan telah diagihkan dengan sempurna dan tepat pada sasarannya khususnya untuk penduduk miskin dan yang berkeperluan di Indonesia. Alhamdulillah, dengan berkat usaha dan doa tuan/puan, kami telah mendapat sokongan positif dari masyarakat Singapura sehingga 500 lebih ekor kambing dan bahagian lembu telah di agihkan sebagai bukti kesatuan dan pengorbanan umat Singapura di rantau ini.


3. FMSA sebagai wadah penyatuan ummah dan prihatin terhadap para masaakin (orang-orang miskin), ingin menyemarakkan lagi usaha yang murni ini demi semangat ‘tolong menolong dalam kebaikan’ dan atas dasar prihatin terhadap nasib masyarakat Islam di negara jiran kita, Indonesia, khususnya di Aceh.


4. Pada kali ini, kami rasa terpanggil untuk menghulurkan apa sahaja bantuan kepada mangsa tsunami di Aceh yang masih merasai derita dan keperitan peristiwa yang dahsyat itu. Maka projek ibadah korban FMSA pada kali ini kami sertakan peluang korban di Aceh untuk memperpanjangkan hasrat ramai tuan/puan untuk menghulurkan bantuan melalui ibadah korban kepada mereka di sana.


5. Kami juga akan anjurkan satu expedisi atau rombongan wisata 5 hari / 4 malam ke Aceh bagi mereka yang ingin secara zahir hadir untuk menyaksikan ibadah korban dan juga untuk menolong menyelenggarakan dan mengagihkan daging korban tersebut. Insya Allah, wisata tersebut akan di bimbing oleh pegawai FMSA untuk melahirkan rasa syukur dan insaf terhadap banyak nikmat Allah swt telah berikan kepada kita.


Marilah sama-sama kita tegakkan syiar Islam melalui ibadah korban FMSA di Aceh yang pasti akan semarakkan semangat ukhuwah dan kasih sayang antara umat Islam serantau. Jadikanlah ibadah korban kita sebagai bukti ketakwaan kita kepada Allah swt dengan meringankan bebanan dan menzahirkan rasa prihatin terhadap saudara seIslam kita yang sangat memerlukan bantuan.


لَن يَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَآؤُهَا وَلَـٰكِن يَنَالُهُ ٱلتَّقۡوَىٰ مِنكُمۡ‌ۚ كَذَٲلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمۡ لِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَٮٰكُمۡ‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُحۡسِنِينَ


'Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.'

سُوۡرَةُ الحَجّ : 37


جزاكم الله خيرا كثيرا

Wassalam

Salam muhibbah



Marinah Marzuki

Pemegang Amanah (Treasurer)

Fellowship of Muslim Students Association