FMSA IBADAH QURBAN & WISATA VIETNAM PROJECT 1432H / 2011

@ PONOROGO, ACEH & VIETNAM

Thursday, October 22, 2009

FMSA sertakan peluang ibadah korban di Aceh dan Padang


FMSA SEBAGAI PELAKSANA PROGRAM IBADAH KORBAN YANG BERPENGALAMAN SEJAK 1995
PRIHATIN . PEKA . PEDULI

FMSA telah menjalankan dan menyempurnakan program Ibadah Qurban dengan jayanya bagi para sahibul dari tahun 1995 sehingga kini. FMSA tetap berusaha memastikan setiap Qurban dilaksanakan dan daging diagihkan bersama beras dengan sempurna terutama untuk fakir miskin. Kami telah melaksanakan ibadah korban di:

Singapura 1995
Mongolia, Cina 1999
Chau Doc dan Ho Chi Minh, Vietnam 2000
Kuantan, Malaysia 2001
Ningxia, Cina 2001
Chau Doc, Vietnam 2001
Batam, Indonesia 2001
Jawa Timur/Tengah, Indonesia 2002 hingga kini


Alhamdulillah, dengan sokongan, penyertaan dan doa masyarakat Islam Singapura, FMSA berjaya melaksanakan Qurban sebanyak lebih dari 400 ekor kambing dan 13 lembu pada tahun 2008 di Ponorogo (termasuk daerah Kediri, Bayuwangig dan Nganjuk, Jawa Timur; serta Magelang di Jawa Tengah) sebagai sumbangan umat Islam Singapura di rantau ini
Pada kali ini, FMSA rasa terpanggil untuk berusaha membantu mangsa gempa bumi yang melanda Padang, Sumatra, baru-baru ini. Peristiwa ini telah mengorbankan lebih dari 700 nyawa dan memusnahkan ribuan rumah dan bangunan di seluruh Padang. Ditaksirkan 3000 nyawa telah terkorban. Namun FMSA juga tidak melupakan mangsa bencana tsunami di Aceh pada 2004 yang masih merasai derita dan fakir miskin di pendalaman Jawa Timur. Maka Projek Ibadah Qurban FMSA pada tahun ini meliputi Aceh, Padang dan Ponorogo, Jawa Timur demi menghidupkan semangat ‘tolong menolong dalam kebaikan’ serta keprihatinan terhadap nasib masyarakat Islam di rantau ini.

Projek Ibadah Qurban FMSA disertakan dengan wisata 5 hari / 4 malam ke Aceh demi menyaksikan perlaksanaan Qurban di Aceh serta penyembelihan Qurban dan pengagihan daging dan beras. Wisata ke Aceh menyingkap kembali peristiwa tsunami yang meragut lebih dari 100,000 jiwa demi keinsafan kita semua.

Rombongan wisata akan menziarahi tempat-tempat termasuk Masjid Baitul Muttaqin, Muzium Tsunami dan Islamic Solidarity School yang menampung anak-anak yatim mangsa tsunami.
FMSA, sebagai persatuan persaudaraan para pelajar, ingin menjemput para pelajar remaja untuk bersama-sama rombongan wisata ke Aceh dengan pakej pelajar/remaja. Para pelajar remaja akan diberi kesempatan untuk menolong menyelenggarakan dan mengagihkan daging korban selain mengikuti rombongan wisata. Insya Allah, wisata ini akan di bimbing oleh para pegawai FMSA bersama pegawai panatia korban di Aceh.

FMSA menyeru sokongan masyarakat Islam Singapura berupa berupa derma untuk ketiga-tiga tempat pelaksanaan Qurban, urusan projek serta penyertaan mereka sebagai sahibul dalam Projek Ibadah Qurban FMSA.

Marilah sama-sama kita hidupkan syiar Islam melalui Ibadah Qurban yang pasti akan menyemarakkan semangat ukhuwah dan kasih sayang antara umat Islam serantau. Semoga Ibadah Qurban kita diterima sebagai bukti ketakwaan kita kepada Allah swt dengan meringankan bebanan dan menzahirkan rasa prihatin terhadap saudara seIslam kita yang sangat-sangat memerlukan bantuan kita.

Tepat dengan firman Allah swt,

لَن يَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَآؤُهَا وَلَـٰكِن يَنَالُهُ ٱلتَّقۡوَىٰ مِنكُمۡ‌ۚ كَذَٲلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمۡ لِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَٮٰكُمۡ‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُحۡسِنِينَ
'Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.' (Surah Al Hajj:37)

Wednesday, September 23, 2009

Ibadah Qurban & Wisata Aceh FMSA 1430H/2009

3 Syawal 1430 H


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Tuan/Puan yang dihormati dan dikasihi,

IBADAH KORBAN & WISATA BERSAMA FMSA UNTUK UMAT ISLAM DI ACEH BAGI TAHUN 1430H


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas ikutan kita, junjungan Nabi Muhammad serta keluarganya. Semoga tuan/puan senantiasa dirahmati Allah di bulan Syawal yang penuh berkat ini.


2. Terutama sekali, FMSA ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua yang telah bersama FMSA menjayakan projek ibadah korban bagi tahun hijrah yang lalu. InsyaAllah, kami yakin setiap ekor binatang yang dikorbankan telah diagihkan dengan sempurna dan tepat pada sasarannya khususnya untuk penduduk miskin dan yang berkeperluan di Indonesia. Alhamdulillah, dengan berkat usaha dan doa tuan/puan, kami telah mendapat sokongan positif dari masyarakat Singapura sehingga 500 lebih ekor kambing dan bahagian lembu telah di agihkan sebagai bukti kesatuan dan pengorbanan umat Singapura di rantau ini.


3. FMSA sebagai wadah penyatuan ummah dan prihatin terhadap para masaakin (orang-orang miskin), ingin menyemarakkan lagi usaha yang murni ini demi semangat ‘tolong menolong dalam kebaikan’ dan atas dasar prihatin terhadap nasib masyarakat Islam di negara jiran kita, Indonesia, khususnya di Aceh.


4. Pada kali ini, kami rasa terpanggil untuk menghulurkan apa sahaja bantuan kepada mangsa tsunami di Aceh yang masih merasai derita dan keperitan peristiwa yang dahsyat itu. Maka projek ibadah korban FMSA pada kali ini kami sertakan peluang korban di Aceh untuk memperpanjangkan hasrat ramai tuan/puan untuk menghulurkan bantuan melalui ibadah korban kepada mereka di sana.


5. Kami juga akan anjurkan satu expedisi atau rombongan wisata 5 hari / 4 malam ke Aceh bagi mereka yang ingin secara zahir hadir untuk menyaksikan ibadah korban dan juga untuk menolong menyelenggarakan dan mengagihkan daging korban tersebut. Insya Allah, wisata tersebut akan di bimbing oleh pegawai FMSA untuk melahirkan rasa syukur dan insaf terhadap banyak nikmat Allah swt telah berikan kepada kita.


Marilah sama-sama kita tegakkan syiar Islam melalui ibadah korban FMSA di Aceh yang pasti akan semarakkan semangat ukhuwah dan kasih sayang antara umat Islam serantau. Jadikanlah ibadah korban kita sebagai bukti ketakwaan kita kepada Allah swt dengan meringankan bebanan dan menzahirkan rasa prihatin terhadap saudara seIslam kita yang sangat memerlukan bantuan.


لَن يَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَآؤُهَا وَلَـٰكِن يَنَالُهُ ٱلتَّقۡوَىٰ مِنكُمۡ‌ۚ كَذَٲلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمۡ لِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَٮٰكُمۡ‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُحۡسِنِينَ


'Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.'

سُوۡرَةُ الحَجّ : 37


جزاكم الله خيرا كثيرا

Wassalam

Salam muhibbah



Marinah Marzuki

Pemegang Amanah (Treasurer)

Fellowship of Muslim Students Association